Cart 0

Hari Pertama Kedai Beroperasi

Hari Pertama Kedai Beroperasi

Today is the D-Day !! Isnin 15.4.2019 - hari pertama kedai bunga atau premis baru Iz Dew Florist & Gift dibuka di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. Dibuka bermula jam 9 pagi dan ditutup jam 8 malam. 

Kedai masih belum lengkap sepenuhnya termasuk papan iklan utama premis yang masih menunggu kelulusan penggunaan bahasa oleh Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dan seterusnya lesen iklan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Perasmian pembukaan kedai bakal diadakan pada hari Ahad 21.4.2019 bermula jam 2 petang hingga jam 6 petang. Sesiapa yang berkesempatan dan berkelapangan dijemput hadir pada tarikh serta masa tersebut.

Bermulalah perjalanan perniagaan Iz Dew Florist & Gift di Taman Sri Gombak .... moga segalanya lancar dengan izin Allah. Amin ....



Older post Newer post